|
KUCHING: Bersempena dengan Festival Satok 2009 yang akan berlangsung dari 25 sehingga 27 Disember 2009, orang ramai dipelawa untuk menyertai pertandingan Ratu Kebaya Satok, One Poco- Poco, Voices of Soulstar dan One Two Junior Challenge. Menurut ketua publisiti Festival Satok 2009, Sahrein Maloh, dalam kenyataan akhbar di sini hari ini berkata festival Satok yang akan berlangung dari 25 sehingga 27 Disember bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik bagi memeriahkan festival yang memasuki tahun ke- 3 itu. Festival yang bertemakan “Batik New Haven” akan berlangsung di Komplek Pelancongan Sarawak (Old Court House). Bagi pertandingan Ratu Kebaya Satok, penyertaan adalah dibuka kepada gadis berumur diantara 17- 26 tahun dan terbuka kepada semua. Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1, 000 untuk johan, RM700 tempat kedua dan RM500 untuk tempat ketiga ini merupakan julung- julung kalinya diadakan bersempena dengan festival yang pada mula diperkenalkan pada tahun 2007. “Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, asal- usul dan mesti memenuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur,”. Bagi pertandingan “One Poco- Poco”, pertandingan adalah dibuka kepada semua warganegara yang berumur 15 tahun ke atas dan setiap penyertaan adalah diwajibkan mengantar seramai lapan orang bagi sebuah kumpulan. Hadiah menanti pemenang adalah RM1, 000 tempat pertama, RM700 tempat kedua dan RM500 bagi pemenang tempat ketiga. Jumlah kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada mana- mana pihak yang terlebih dahulu menghantarkan boring penyertaan mereka. Manakala bagi kategori pertandingan karaoke (Voices of the Soulstar) pula, pertandingan hanya terbuka kepada warganegara yang berumur 15 tahun ke atas. Pemenang juga akan membawa pulang hadiah sebanyak RM1, 000 bagi tempat pertama, RM700 tempat kedua dan RM500 bagi pemenang tempat ketiga. Bermotifkan festival untuk semua lapisan masyarakat dan umur, pihak penganjur juga mempelawa penyertaan kanak- kanak yang berusia 12 tahun ke bawah bagi pertandingan bolasepak jalanan “One Two Junior Challenge” yang menawarkan hadiah berjumlah RM300 untuk tempat pertama dan RM200 bagi pemenang tempat kedua. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati daripada ahli jawatankuasa penganjur pertandingan dengan mengubungi 082- 250 054/ 012- 4948874 (Iwan), 012- 8778744 (Zam), 019- 8480600 (Nidzar) dan 013- 5711167 (Isam). Yuran sebanyak RM20 dikenakan bagi setiap pertandingan yang diadakan dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 17 Disember 2009. Festival Satok 2009 merupakan anjuran Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok (Satok Tourism Co-ordination Association) yang di-pengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar merangkap ADUN N. 8 Satok, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU), Tourism Malaysia Sarawak, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), Avid Management, Merdeka Palace Hotel & Suites, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Masama JS Adventure Tours Sdn Bhd Travels.
|